"Ya allah,semoga Engkau murahkan rezeki kepada hambamu yang masih kecil ini,agar dia dapat manfaat dari rezekimu- Amin "
Sejak dari mengandung lagi,aku dah berniat untuk menyusukan kandungan kali nie dengan susu ibu...ini adalah kerana Syahmi n Najla tak dapat merasai susu ibu,jangankan 2 tahun, 6 bulan pun diaorg tak merasa..masa Syahmi dulu,pengetahuan mengenai susu ibu tu teramat ler cetek,masuk ajer kerja selepas 60 hari terus dia tak nak..najla pulak disebabkan aku masuk hospital dan potasium telah dimasukkan secara tak semulajadi,doc menasihatkan supaya berenti sekejap penyusuan..last2 langsung dia tak nak...
Cuma kali nie aku nak kongsi..amalan2 yang boleh kita laksanakan memandangkan kita pun hanya hamba yang kerdil,dan pada-Nya ler kita memohon agar dilimpahkan rezeki iaitu susu kepada anak2 kita agar mereka dapat membesar dengan sihat dan cemerlang dalam hidup..
1. amalkan doa ini:
"Ya Allah...Permudahkanlah segala urusan kehidupanku,banyakkan susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalanankan untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau syariatkan..AMIN".
2.Surah Al-Hujurat ; Al-Kautsar- amalkan sebaik2 semasa mengandung lagi.Niatkan dalam hati supaya ALLAH swt murahkan rezeki kita,anak kita dan diperbanyakkan susu kita.
3.Surah Al-Baqarah : ayat 60-samabil baca letakkan tangan kita di breast kita,dan doa dalam hati semoga ALLAH memberi rezeki kepada anak kita sehingga umurnya mencapai 2 tahun..
4. Amalkan zikir YA MATIN (Maha Sempurna Kekuatannya), 70 kali setiap hari,sebaik-baiknya diwaktu malan dan subuh..dan boleh juga dibaca zikir tersebut dan dihembuskan ke segelas air..
selain itu,kita sebagai umat-Nya seharusnya mengabdikan diri kepada yang MAHA KUASA,PENCIPTA ALAM INI..kita hanya boleh merancang dan sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui...