Tuesday, June 15, 2010

MAKANAN- MAKANAN DI SARAWAK

mood sarawak masih ader lagi..so kita bercerita pasal sarawak lagi..entry kali nie kita cerita pasal makanan di SARAWAK..actually tak semua makanan di bandar kuching sempat dijamah..sebahagian sahaja tapi yang itu pun rasa yer memadai..atas nie buah salak..buah salak nie dibeli di pasar serikin..pasar serikin ini adalah pasar yang dibina disempadan sarawak-indonesia..so banyak ler barang indon yang dibawa masuk..

SAYAP RENYOK nie menu di chillepepper restaurant..tapi kami tak dan nak merasanyer..menu yer unik itu yang ambik gambo 2..


nasi ayam penyet similar ngan masakan ala-ala indon..dah pun sempadan..majoriti di semua restaurant ader menjual ayam penyet ie..cuma rasa sambal dier yang pelik sikit tapi boleh ler dimakan...

yang nie menu di chillepepper restaurant gak..kami dapat merasanya..MEE KOLOK..mee die macam maggi,berkuah sup dan ada sapi(daging) mcm daging rendang ngan sayur n fish kek..orang sarawak panggil daging sapi..rasa yer macam makan maggi sup...bagi aku ianye sedap..
dan ini minuman yang spesel yang tak pernah kita jumpa kat area cn..kebanyakan kedai pun memang ader jual yer..TEH C PENG / TEH C SPECIAL..air nie kami oder di salah sebuah kedai si bandar kuching sewaktu sarapan pagi sebaik sampai ke kuching MASALA BOMBAY..air yer ada 3 lapisan, lapisan bawah sekali air gula daun pandan+susu+teh...rasa yer macam teh tarik perisa pandan..sedap..nak minum kena kacau dulu...
kesimpulan yer kami mmg enjoy makanan kat sana...dapat merasa makanan sarawak, tapi ader satu lagi menu yang tak dapat dirasa, LAKSA SARAWAK...frust betul..mungkin satu hari nanti kami akan datang untuk merasa laksa sarawak lak..

notakaki:teringat lagi rasa teh c nie..yum..yum

SARAWAK OH..SARAWAK


setelah sekian lama merancang cuti -cuti malaysia kali ini ,dan akhirnya kami sekeluarga berjaya menjejak kaki ke bumi kenyalang ...SARAWAK...ini adalah pengalaman pertama kami bercuti mnggunakan pengangkutan airasia..percutian ini adalah mengikut rombongan pejabat hubby,thanx darling sebab bawa kami bercuti sekali..percutian 3hari 2 malam ini,diuruskan oleh sebuah agensi,siap semua pakej termasuk makan n minum...cuma bawa rm untuk berbelanja sahaja..
ini lah pemandangan di pekan kuching..populasi penduduk di Kuching kebanyakannya adalah penduduk cina..cuma ada beberapa kawasan yang dimonopoli oleh kaum melayu..bisness center + tempat makan kebanyakan adalah kaum cina..sebab itu umntuk makan dekat sini kena berhati2..tapi sebenarnya makanan halal dekat cini mudah didapati..

perjalanan kami bermula hari jumaat dgn penerbangan 7.10am,so pagi boleh ler nampak pemandangan luar dari kapal terbang..rombongan kami bertolak dari perak kul 11.30 pm dengan menaiki bas dan sampai LCCT kul 4.00am..so kami pun berkampung diLCCT untuk urusan check-in..
so layan gambo permandangan yang sompet den amek dalam kapal terbang..nie masa perjalanan pergi disiang hari ,so boleh ler nampak dari cermin pemandangan dier..



airtangan: Pengalaman pertama

Wednesday, June 2, 2010

Kesedihan seorang isteri...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
HARGAILAH ISTERI DAN SAYANGI IA BUAT SELAMANYA......

Wednesday, May 12, 2010

SELAMAT HARI IBU...

9 MEI,SELAMAT HARI IBU..kepada semua ibu - ibu di luar sana..dedikasi khas kepada ibuku NORLIZAN BT NIN, AZIAH BT MOHD YUNOS...u all adalah ibu terbaik di dunia...2010,special sikit..bile time aku ambik dia di tadika..masuk ajer kereta dia cakap."ibu,along ada hadiah untuk Ibu" sambil tunjuk kad yang dier buat...gumbira betul..tak sangka tahun nie aku merasa menyambutnya...ini ler hasil kreatif my son..i'm very proud..walaupun my son baru 5 tahun,tapi hasil usaha ustazah n teacher di Tadika Nurul Taqwa,dia berjaya membuat yer..Thank you..
bila ditanya kenapa lukis gambar epal..dier cakap "Ibukan suka epal,jadi along lukis ler"..sebenar nya hari lepas aku baru belikan epal untuk dier..epal aje buah yang dier nak makan..sebagai ibu aku ambik inisiatif agar dier dapat makan buah2an untuk tubuh dier..semoga aku dapat merasa sambutan hari ibu nie sehingga akhir hayat...amin
nie ler permata hati ibu..semoga menjadi anak yang soleh n solehah dan belajar rajin2..IBU SAYANG IZZ n NAJLA..MUAHH..

Ceria di Teluk Intan

hujung minggu lepas,kami balik ke chenderung balai..melawat MIL n FIL..suami aku org sana..lepas 2 malan yer sajer kuar jln2 makan angin kat pekan Teluk Intan..semua nie penangan FB ler gak kata pekan yer cantik waktu malam..tapi tak menghampakan ler ini pemandangan pekan Teluk Intan di Menara condong...
tapi pendapat aku ler,klu semua bahagian menara condong nie berlampu..pasti ia lagi chantek..mungkin ia masih dalam proses lagi kot..
aku pun sepanjang berkahwin ngan org cini boleh kira berapa kali ajer g jalan ke menara condong pada malam hari..

la nie ,pekan teluk intan dah ada gerbang malam,caya ler..mengikut jejak Ipoh ler agak yer..tapi malam tu tak dapat ler mencuci mata di gerbang malam sebab my daughter dah tido..so hasilnya hanya dapat bergambar ngan my son ajer..layan ler..

cantik gak bermacam2 warna lampu ader..lip lap lip lap ajer..

notakaki:ini ler tempat berdating ngan kawan baik aku masa sek rendah..ada sentimental value

Sunday, May 2, 2010

NASI AYAM...yum..yum


untuk santapan keluarga..jemput
AHAD..hari untuk melepak n mengemas apa yang patut dan termasuk hari yang aku berkesempatan masak something 'istimewa' hasil air tangan aku sendiri khas untuk anak2 yang membesar dan suami tercayang...

sebenarnya klu kami tak pergi berpoya2..so sesuatu masakan yang akan aku fikirkan ,,dimana ia mesti merangkumi semua peringkat boleh makan..pedas tak pedas dan semesti ia adalah daripada senarai menu anak2..klu tidak penat ajer aku masak..dan hasilnya my son mesti akan memuji aku,walaupun hanya ambik hati ajer.."ibu,ibu masak sedap ler"..sbb apa kang aku tak bagi tengok CERIA...klu dier tak makan banyak.. hakikat yg kita tak boleh tipu air tangan ibu memang sedap..TERIMA KASIH MAK..

ini antara bahan yang yang telah berjaya dihasilkan untuk hidangan lunch + dinner hari nie..cukup ler untuk kami sekeluarga.. cuma tak dan nak snap gambar nasi yer..
bahan mentah yang belum diproses

sup yang masih di periuk

nota kaki: air tangan adalah ramuan yang terpenting dari ibu2 dan isteri..

Saturday, May 1, 2010

Jalan - jalan cari pasal.....

cuti hari pekerja,sabtu yang indah,tetiba ajer celik mata my hubby meluahkan idea yang bernas....ajak g jalan ke cameron highland..apa lagi dengan nada yang bersemangat aku pun mengiyakan yer..mau tak seronok hubby nak bawa jalan..so segala persiapan pun dibuat..bukan apo pun..bekalan anak2 susu diaorg ler..pegi pun dah tengah hari dah dalam kul 12 kot..lepas sarapan merangkap makan tgh hari ler kami pun bergerak..





keletihan setelah penat ber'gaduh'


cuaca pada masa 2,mendung,dalam hati ini berbunga ler,teringin nak merasa suasana sejuk macam dulo2..zaman kanak2 dulu..klu dulu kena pakai baju 2,3 lapih macam kat overseas lagak yer..sepanjang perjalanan,hujan membasahi bumu..dalam hati berdoa agar keadaan di atas tak hujan..klu hujan alamat ler tak merasa ler jln2..tapi keadaan berkabus..kedinginan terasa..syok yer.. tapi impian tinggal impian,hajat nak g bershopping pasar malam kat tanah rata,nak bergambar di taman bunga hancuzz..apa idak yer tayar kereta pun tak berjaya menjejak ke Brinchang disebabkan keadaan lalulintas yang jem...aku tak sangka plak jadi mcm 2...so kami pun mengambil keputusan patah balik..mcm hati kami yang patah..

untuk mengubat hati yang luka,kami pun berhenti ler di mana ada perhentian yang menarik untuk sesi bergambar..layan gambar nie....



nota kaki: ini dinamakan jalan2 cari pasal....letih







sepi tanpa berita...





sepi yer blog aku...sepi bukan sebab apa ..terlalu banyak malas nak update blog nie..tapi saat nie aku berazam blog nie akan menjadi rakan aku..disaat ingin bercerita atau meluahkan rasa...

sebenarnya banyak perkara dah berlaku..tapi disebabkan kebusy"kan aku..semua tergendala..tapi ia tak bermakna ia akan terus mati....


Monday, March 8, 2010

alor staq

sambung balik crita cuti2 malaysia...perjalanan kami bersambung ke kedah darul aman..
di kedah tempat wajib yang harus pergi untuk menghabiskan rm adalah pekan rabu...pekan rabu nie syok g tau,banyak barang yang boelh dibeli..

selepas penat bershoppng kami meneruskan perjalanan ke penang...dan kami akan bermalam di penang...layanz gambo dibawah...












Friday, March 5, 2010

lepaskan gelas !!!!

motivasi hari jumaat,renung-renungkan...

Kisah motivasi;
Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.
Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”

moral of the story: jangan ler simpan masalah lama - lama ,selesaikan atau biarkan ia berlalu...

sumber : isuhangat.net..

Sunday, February 28, 2010

hidup hanya pinjaman!!!!



innalilalhiwainnailaihirojiun.....sabtu hari (27.02.10),kami menerima berita kematian pakcik ( seblh hubby) excident dan menghembuskan nafas terakhir di hospital pada waktu maghrib.. pak lang mengalami kecederaan kepala yang teruk..jenazah selamat dikebumikan di ulu yam pada pagi sabtu..sampat jugak ler aku melihat jenazah yer..

kematian yang mengejutkan...padan ler mata aku nie asyik nak terkedip ajer,,,kata orang ada orang yang terdekat ngan kita nak meninggal.mungkin satu kebetulan...

kenangan aku bersama keluarga allahyarham banyak..dari mereka ler aku mengenali hubby tersayang..jasamu dikenang...


yang pergi tetap pergi,yang tinggal harus menerima yer dgn redha..semoga rohnya berada dikalangan orang beriman..amin

Tuesday, February 23, 2010

candid,candid indera kayangan............

ini ler persinggahan kami balik dari padang besaq...restoran tok mek..mengikut cerita SIL, dulu kedai nie mcm nak roboh ajer..tapi sekarang dia ler paling gah di laluan ke padang besar..
ini tempat yang aku katakan makanan yang berada dalam kepala otak masing2...tapi malang yer aku tak sempat nak snap banyak gambor, sebab my son dah jadi bandi amuk...geram2..
actually kat cn ada beraneka jenis makanan t.ari..tapi kami makanan berasaskan tomyam...boleh tahan ler jgk tomyam dia...so setelah selesai kami meneruskan perjalanan..layanz ler candid kat bawah nie..visual tak berapa memuaskan sbb pakai hp ajer..




ini ler candid candid yang dapat dimuatkan...petang itu kami terus bertolak ke kedah untuk meneruskan cuti2 malaysia...tapi sebelum 2,kami sekali lagi berusaha g padang besaq...Padang besaq kami datang lagi..cerita yer..bila dah sampai umah, masing2 pun membelek ler hasil dari rm yang dah abih...tgk mcm tak puas hati lagi sbb tak beli lagi so kami sebulat suara g ler balik padang besaq..tapi petang 2, keadaan traffik tidak seperti semasa kami dtg..namum begitu kami berjaya memboloskan diri..agak yer sayang sangat nak tinggal indera kayangan...maka mengalir ler lagi rm aku buat kali ke-2...hehe..kedah menanti kami...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails